Monday, 16 May 2011
Kes Simbah Asid Wanita Melayu
Fakta yang perlu kawan² saya ketahui mengenai kes disimbah asid yang makin berleluasa berlaku di Kuala Lumpur sekarang
- Dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa. Seorang daripada mereka berketurunan India.
- Seorang wanita kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah asid di hadapan rumah mereka di Persiaran Titiwangsa .
- Sebelum itu, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.
- Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.
- Mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.
- 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah Daerah Brickfields sehingga Mac
- Dua suspek berketurunan India bermotosikal, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.
sumber : utusan online

Hati-hati ye kawan… peka dengan keadaan sekeliling bila berada di tempat terbuka. Nak larang jangan keluar rumah tu tak logik juga. Kalau boleh bergeraklah berkumpulan dan elak melalui kawasan yang sunyi dan gelap.
Mari kita sama-sama amalkan doa apabila keluar rumah, mohon perlindungan dari Allah s.w.t

Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku
EDIT : 13/05/2011
Polis berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) imej dua lelaki bermotosikal yang dipercayai terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair asid di sekitar Lembah Klang.
EDIT : 4.30 petang.
Berita terkini dari TV3 melapurkan mangsa terbaru kes simbah asid adalah anak seorang anggota polis.
Polis telah keluarkan gambar suspek kes simbah asid.
__________________________________________________________________________________
Arrggghh .. bencinya..bru ingat na kua ngn member 1/6/2011 neyh,,.. na pgy ronde2 KL .. na pgy TS..BB..SW..PAVI ! na hapy2 Lps exam ! na shopping ! but sume nye rosak d sebabkan die neyh ! sampai kn kitowunk takod na kluar rumah hanye sbb kaw ! errgghhh.. ! hate you ! hate you ! hate you ! ape kez la kaw neyh..asL La kaw x puas aty sangat ngn perempuan melayu..ape salah kitowunk ! kitowunk x tahu pape p0wn larh ...asl kitowunk yg jadik mangse plk ! kesian kt diowunk yg da jadik mangse kaw.. ! kaw x de prasaan ! kaw x berperikemanusian ! kaw x berhati perut ! BENCI KAW !!!! >:( (hope pihak polis dpt menyelesaikn kez ini secepat mungkin :( )
0 loner (s)